Posts

Showing posts from 2011

Keretapi.. Rakyat ker Swasta..teringat lagu M. Nasir 'Express Rakyat'..

Image
Dah berkurun aku tak menulis dalam blog ni, bukanya apa, sibuk dengan merayau disekitar ceruk kawasan di Kota Melbourne ni. Banyak sebenarnya cerita hidup masyarakat disini yang boleh dikongsi dan diambil iktibar, dan telah aku kutip dan kumpul cerita ini.. untuk dicoretkan sedikit sebanyak didalam dairi SiKuching Siam. Hari ni di pagi hari aku ingat nak naik pengangkutan awamlah. Sebabnya minggu lepas ada pemberitahuan yang jadual waktu keretapi disini akan bertukar. Aku pun tertanya-tanya apakan ia akan memperbaiki sistem keretapi di Melbourne (Metro atau pun Metlink). Kerana selama ini walaupun harga pengangkutan awan bertambah, perkhidmatan keretapi tidak berubah. Masih lagi tertanggung dari masa ke semasa, masih lagi kalut di pagi hari, masih lagi lembab.. Sebab tu lah aku dah lama tak menaiki keretapi.. Pagi ni aku pun terus ke stesen keretapi dan naik dari Flagstaff stesen untuk ke Glenferries stesen. Keretapi berhenti di Flinders St stesen (selalunya untuk mengambil penumpang d...

Biarlah musim bertukar.. asalkan hidup selera tetap ada..

Sorilah beb lama tak masuk menenet kat sini.. sibuk merantau.. bukan tak sempat nak menulis, ada tapi tak sempat transfer ke halaman ni.. Bab makan ni memang tak sudah.. Biarlah musim bertukar.. asalkan hidup selera tetap ada.. betul tak.. tambahan kita ini datang dari kelompok budaya Asian.. selera makan itu harus di jaga.. bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan dari kecil lagi telah pun dibentuk dengan budaya untuk makan... Selama dalam tempoh perantauan ni, boleh dikatakan.. rata-rata orang Asia ini, suka makan.. itu sememangnya telah terbukti kerana di negara barat, kalau bab makan.. selain dari orang Eropah.. tanyalah orang Asia..Malahan budaya suka makan ni dijadikan pesanan turun temurun..dalam kamus anak dara dari keturunan Melayu untuk anak dara di awal perkahwinan.. ini pesanan turun temurun..Dari nenek ke cucu, dari ibu ke anak.. 'Perut suami harus dijaga.. kalau pandai jaga makan minum suami.. tak kemana hilangnya..' betulkah?