Search This Blog

Thursday, January 13, 2011

Biarlah musim bertukar.. asalkan hidup selera tetap ada..

Sorilah beb lama tak masuk menenet kat sini.. sibuk merantau.. bukan tak sempat nak menulis, ada tapi tak sempat transfer ke halaman ni..
Bab makan ni memang tak sudah.. Biarlah musim bertukar.. asalkan hidup selera tetap ada..betul tak.. tambahan kita ini datang dari kelompok budaya Asian.. selera makan itu harus di jaga.. bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan dari kecil lagi telah pun dibentuk dengan budaya untuk makan...

Selama dalam tempoh perantauan ni, boleh dikatakan.. rata-rata orang Asia ini, suka makan.. itu sememangnya telah terbukti kerana di negara barat, kalau bab makan.. selain dari orang Eropah.. tanyalah orang Asia..Malahan budaya suka makan ni dijadikan pesanan turun temurun..dalam kamus anak dara dari keturunan Melayu untuk anak dara di awal perkahwinan.. ini pesanan turun temurun..Dari nenek ke cucu, dari ibu ke anak.. 'Perut suami harus dijaga.. kalau pandai jaga makan minum suami.. tak kemana hilangnya..' betulkah?