Posts

Keretapi.. Rakyat ker Swasta..teringat lagu M. Nasir 'Express Rakyat'..

Image
Dah berkurun aku tak menulis dalam blog ni, bukanya apa, sibuk dengan merayau disekitar ceruk kawasan di Kota Melbourne ni. Banyak sebenarnya cerita hidup masyarakat disini yang boleh dikongsi dan diambil iktibar, dan telah aku kutip dan kumpul cerita ini.. untuk dicoretkan sedikit sebanyak didalam dairi SiKuching Siam. Hari ni di pagi hari aku ingat nak naik pengangkutan awamlah. Sebabnya minggu lepas ada pemberitahuan yang jadual waktu keretapi disini akan bertukar. Aku pun tertanya-tanya apakan ia akan memperbaiki sistem keretapi di Melbourne (Metro atau pun Metlink). Kerana selama ini walaupun harga pengangkutan awan bertambah, perkhidmatan keretapi tidak berubah. Masih lagi tertanggung dari masa ke semasa, masih lagi kalut di pagi hari, masih lagi lembab.. Sebab tu lah aku dah lama tak menaiki keretapi.. Pagi ni aku pun terus ke stesen keretapi dan naik dari Flagstaff stesen untuk ke Glenferries stesen. Keretapi berhenti di Flinders St stesen (selalunya untuk mengambil penumpang d...

Biarlah musim bertukar.. asalkan hidup selera tetap ada..

Sorilah beb lama tak masuk menenet kat sini.. sibuk merantau.. bukan tak sempat nak menulis, ada tapi tak sempat transfer ke halaman ni.. Bab makan ni memang tak sudah.. Biarlah musim bertukar.. asalkan hidup selera tetap ada.. betul tak.. tambahan kita ini datang dari kelompok budaya Asian.. selera makan itu harus di jaga.. bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan dari kecil lagi telah pun dibentuk dengan budaya untuk makan... Selama dalam tempoh perantauan ni, boleh dikatakan.. rata-rata orang Asia ini, suka makan.. itu sememangnya telah terbukti kerana di negara barat, kalau bab makan.. selain dari orang Eropah.. tanyalah orang Asia..Malahan budaya suka makan ni dijadikan pesanan turun temurun..dalam kamus anak dara dari keturunan Melayu untuk anak dara di awal perkahwinan.. ini pesanan turun temurun..Dari nenek ke cucu, dari ibu ke anak.. 'Perut suami harus dijaga.. kalau pandai jaga makan minum suami.. tak kemana hilangnya..' betulkah?
Melbourne, cuaca disini pada masa sekarang amat sejuk, basah dan murung.. cukup untuk menggambarkan perasaan si kuching siam (SKS) pada masa ini... Namum perjalanan si kuching siam masing lagi jauh.. walaupun hujan dan sejuk, si kuching siam masih lagi setia menghuni jalanan di lorong-lorong kecil kota Melbourne ini.. Indahnya lorong-lorong kecil ini ialah seninya.. ia adalah tempat dimana sang artis meluahkan perasaan, dari segi visual atau pun kata-kata..ada yang puitis, ada yang terang..Antara lorong-lorang yang menarik adalah De Grave lane, dekat dengan Flinder's St..
Image
Macam-macam perangai manusia ni.. kali ni aku berjalan di pinggir lorong sempit.. cuaca kat sini sejuk dan mendung.. bukan apa sebenarnya di lorong-lorong sempit ini banyak cerita sebenarnya.. baru ni aku jalan kat satu lorong di Melbourne.. ada banyak sign kat sini, aku pun mula membaca..pelik.. ni tanda tak boleh masuk ka? atau sebenarnya kawasan pameran artist-artist jalanan... melepaskan emosi dan perasaan masing-masing terhadap kisah dunia..hmm... aku tertarik.. kepada yang satu ini.. katanya: "Kerja tanpa membuat apa-apa.. samalah seperti rasa tetapi tidak merasa.. membesarkan yang kecil, menambah yang sikit. Nikmatnya kepahitan yang tidak ternilai.." Hmm... renungkanlah ya..

Mr. Tulk

Image
Kali ni aku nak cerita pasal cafe di Melbourne. Hang pa pernah mai sini tak? Best tau.. tapi hang pa kena 'berhati-hati dijalan raya' kalau nak berjalan kat sini pasal nanti takut RSVP tangkap, yerlah kat sini mana ada kekawan se-spesis aku berjalan kat dalam pekan ni..tambahan pulak Kuching Siam, maunya ditangkap dan dijual.. Ni kali pertama aku sampai sini, tempat pertama aku singgah pagi ni Cafe Mr.Tulk, tempat dia bersebelahan dengan State Library Victoria. Ishhhh besar hang pa tau tak tempat ni.. puas aku kena main a-chi-lut dengan pak cik guard tu..kalau tak apa lagi RSCVlah.. Mr. Tulk ni tempat dia cantik, style decoration dia macam rumah Mat Salleh lama kat Malaysia. Siling tinggi, dinding batu kukuh, dan dekorasi dia, relax..sesuai kalau hang pa nak membaca sambil minum kopi. Paling aku tertarik ialah dekorasi buku-buku lama yang depa letak kat dinding, bukan apa konsep dia bersesuaian dengan perpustakaan disebelahlah.. kalau tak silap aku, Cafe Mr. Tulk ni dimiliki be...